para pembaca, terima kasih....

Saturday, March 19, 2011

blueberry cake for someone special

as-salam.... ni pula oder dr seorang teman utk suami tercinta.........



blueberry cake filling n topping wit blueberry... terima kasih rahayu.... esok2 oder lagi yer ;p

cutting cake ceremony - leyaa n pasangan






assalammualaikum.... lg kek kawen utk tontonan umum.....
terima kasih kepada kanda leyaa (nadh) kerana sudi menempah dari kami....

Sunday, March 13, 2011

princess theme birthday cake

assalamualaikum.... setiap ibu pasti ingin menunikan impaian anak nyer bukan???? hehehehhe mmg mulia hati seorg ibu....


sy buat kek ni khas buat anak buah sy aszura yg sambut birthday nyer pada usia 7 tahun.... lagi seminggu tarikh lahir nyer, aszura merengek minta di buat kan besday kek.... tp saat itu sy bermasaalah dengan mixer kesayangan sy... utk tidak mengecewakan anak kecil dgn janji palsu sy hanya tersenyum mendengar rengekan nyer....
dek kerana x sampai hati.... sy cuba juga tunaikan hasrat gadis kecil ini... jadi inilah senyuman besday gil yg terindah sy lihat... ah, wajah anak kecil x pernah mendustakan suara hati nyer.
buat aszura umi doakan semoga perjalanan hidup aszura di penuhi riang ria dan diredhai ALLAH..... amin

Saturday, March 12, 2011

perkahwinan hanna dan pasangan

assalamualaikum..... kek kawin ni di tempah oleh hanna sempena majlis persandingan beliau yg lalu


super moist chocolate cake deco wit buttercream orange theme... terima kasih, semoga hubungan hanna dan suami berkekalan hingga akhir hayat...

cupcake mkn2 n hantaran

assalamualaikum, oder dari kak lin utk majlis pertunangan adik ipar beliau yg berlangsung di Dengkil.....
50 pcs cupcake perisa vanila....


dan 16 pcs chocolate cupcake utk hantaran.... terima kasih

majlis perkahwinan fadilah dan pasangan

assalamualaikum dan salam sejahtera...... kali ini kami di aztie homemade bakery diberi kepercayaan utk memeriahkan majlis perkahwinan dengan kek kelaran kami.... pengantin mengimpikan kek perkahwinan nya nampah meriah dan mewah....



lantas dgn kepercayaan yg diberikan kami potret kan atas hasil kerja kami ini..... tahniah dan semoga perkahwinan fadilah dan pasangan per kekalan hingga ke akhir hayat....

wedding cake naim n asiah

assalamualaikum...... antara seleksi kek perkahwinan yg kami sediakan kepada bakal pengantin bg acara potong kek bg melengkapkan majlis perkahwinan anda......




terima kasih kepada naim dan asiah kerana memilih kami..... super moist chocolate cake deco wit buttercream theme pink n purple.

Friday, March 11, 2011

i'm coming back.............

assalammualaikum..... maaf kepada semua pembaca blog kami yg x seberapa ini (hehehehe... merendah diri plak) kira2 ader ker pembaca? terima kasih kepada yg sudi membaca artikel n tulisan di blog ni. jasa anda x dapat kami balas.... kepada semua pelanggan yg setia, jutaan terima kasih kami ucapkan. kepada bakal pelanggan kami di luar sana.... kami akan cuba sebaik mungkin memenuhi permintaan anda....
setelah sekian lama menyepikan diri dari meng update kan blog ini saya aktif dilaman sosial facebook. kepada yg sudi add kami terima kasih kami ucapkan.... lawati kami di FB (aztiehomemadebakery azwan)
sekian terima kasih....

Friday, December 10, 2010

pencarian bermula !!!!!!!!!

salam.... buat semua pembaca n pengikut setia blog kami ini... kami dangan berbesar hati ingin mengumumkan pencarian detik ke-20,000 sudah pun bermula. agaknya siapa yg bertuah memiliki buah tangan dari kami berupa sebijik kek yg benilai rm 50 (pilihan kek dari menu kami)

syarat2 penyertaan sangat mudah:
1. warganegara Malaysia

2.bermastautin di Malaysia

3.melampirkan gambar/screen shot ke-20,000 sebagai bukti penyertaan/kemenangan dan emel kan kepada aztiebakery@gmail.com

4.lampirkan bersama nama penuh, alamat, no kad pengenalan dan no telefon

5.hadiah akan diberikan pada tarikh dan masa yg ditetapkan penganjur

6.pemenang perlu menghubungi sendiri penganjur di aztiebakery@gmail.com atau sms di 012-210 3554 bg menuntut hadiah kemenangan

7.pemenang perlu mengambil sendiri hadiah dari penganjur

8.hadiah kemenangan tidak boleh ditukar ganti wang tunai atau hadiah lain

9.pemenang harus bersedia utk ditemuramah bersempena kemenangan ini

10.jika timbul sebarang kesulitan selepas penguman kemenangan penganjur berhak menukarkan pemenang kepada nombor yg terhampir ke-20,000

11.jika pemenang tidak menghubungi penganjur dalam tempoh 24 jam , maka pemegang no terhampir iaitu 5 nombor sebelum atau 5 nombor selepas ke-20,000 akan diumumkan sebagai pemenang mutlak

12.dan yg paling penting, sekiranya pemenang ialah seorang pengikut/follower kami akan memberikan hadiah misteri

jd, dengan pengumuman ini saya dengan berbesar hati dan penuh debaran menantikan detik nan bersejarah ini. diharapkan ianya berjalan dengan lancar.....
sekian, terima kasih....

Wednesday, December 8, 2010

Petua Membuat Kek Untuk Orang Baru

Ada terdapat berbagai jenis kek seperti kek mentega, kek span , kek sifon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan. Sebagai orang yang baru hendak belajar membuat kek, anda hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini. Antaranya ialah :

1. Mengenali bahan membuat kek.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Anda boleh pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.

2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.

3. Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.

(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.

(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.

(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.

(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.

(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.

Kesimpulannya, jangan takut untuk bereksperimen. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda tidak menjadi kerana anda mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi anda perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Good Luck!
sumber : resepi noraini

Friday, November 12, 2010

mari beli roti..........

salam... ayat promo yg ganas ;p hehehehehe....
ni roti sebelum masuk oven..............
tuna bun n kaya bun.....
close up.......... jemput jamu mata yek. sudi2 kan la oder dari kami. terima kasih...

pilihan roti........ terbaik dari kami

salam... sajer saya kongsikan pilihan roti terbaik keluaran kami di aztie homemade bakery....
kaya bun........
da mcm bunger jer ;p
mini pizza yg sentiasa menjadi pilihan.........
sekian dulu... kalu berminat bole la antar kan order form x pun calling2 saya di 012-210 3554. terima kasih.......